Tuesday, April 8, 2008

Konkrit

  • Konkrit merupakan salah satu bahan yang amat penting dalam kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan.
  • Konkrit dihasilkan daripada beberapa bahan seperti simen, batu-baur, pasir dan air.
  • Simen yang telah disatukan dengan batu-baur dan pasir akan mengeras setelah dicampurkan dengan air dan membentuk konrit basah ( fresh concrete ).
  • Proses kimia yang berlaku tersebut dinamakan proses hidrasi iaitu proses pengeringan.
  • Konkrit digunakan bagi tujuan membina bahagian-bahagian yang terdapat pada bangunan seperti tiang, dinding, lantai dan sebagainya.

Terdapat 5 jenis bahan campuran yang digunakan di dalam konkrit:

  1. Retarding admixture - bahan yang digunakan untuk melambatkan masa pengeringan konkrit.
  2. Accelerator - merupakan bahan untuk mempercepatkan masa pengeringan konkrit.
  3. Super Plasticizers - bahan campuran untuk mengurangkan kandungan air di dalam konkrit dengan kadar yang banyak.
  4. Water reducer- bahan campuran untuk mengurangkan kandungan air didalam konkrit dengan kadar yang sedikit bagi penurunan yang sekata.
  5. Air-entrainer - digunakan bagi memerangkap udara di dalam konkrit.

No comments: