Hati tengah panass..so hari ni aku nak mencarut dalam blog ni..ada satu cerita, ada seorang makhluk bergelar member yang juga housemateku. Pada hari rabu lebih kurang pukul 10 malam dia tegur aku kat mukabuku and bagitau paip rumah bocor lagi. Ini satu hal lagi, pakcik plumber otai tu dah berapa kali di-invite ke rumah aku untuk repair and extend paip di belakang rumah tersebut tapi ini la kerja ala kadar..taktau la gam jenis apa yang dipakai untuk pasang paip tu tapi ada la dalam 2 -3 kali paip tu tercabut. haishh malas nak sembang pasal pakcik tu sebab dia pon dah tua. Patut dah boleh goyang kaki kat rumah layan harry potter ke ape.
Yang membuatkan hati panas ni adalah member aku yang sembang gebang tak hingat dunia. Panggil aku balik shah alam semata2 mintak tolong belikan gam PVC yang harga tak sampai 5 hinggit duit malaysia. Alasan dia sebab mereka2 yang dok rumah semua tengah sengkek hatta nak beli gula2 pon takde duit. ok tu hiperbola. Memandangkan aku pon ada aktiviti di shah alam so tanpa was2 aku pon balik la rumah sewa di shah alam dan sampai lebih kurang pukul 4 petang di bulan puasa ni. Memang saja aku highlight perkataan tu sebab bila aku masuk je rumah tu tiba2 rasa macam bukan bulan puase. yang tu aku malas nak komen sebab aku tak layak nak komen bab2 ni. Lagipon diorang dah besar tapi otak masih di lutut. Kenapa la suka nak tambah lagi setan kat rumah tu yang memang dah banyak setan. Lantak ko la labu.
Tak abes lagi cerita ni, otw balik rumah tu aku ada singgah di kedai hardware untuk membeli gam pvc berharga rm4.50 tu. Lepak2 kejap aku pon keluar untuk buka puasa dengan member2 lain. Balik rumah malam tu aku lepak ngan housemate aku yang sorang lagi. Oleh sebab dia ni kerja malam so agak susah dapat masa untuk sembang2 gebang dengan dia ni. Tengah dok2 cerita dengan dia aku agak terkejut sebab dia taktau pasal paip bocor tu. btw, dekat sejam jugak air melimpah ruah bagai ke ladang gandum tu. malas nak pikir pasal bil air yang bakal mencanak bulan depan. Cerita punya cerita aku pon dapat tau member yang sorang tu tengah loaded, maksudnye agak sedap la duit dia masa tu. yela kerja subcon kononnya mestila kaya dengan duit 'luar' kan. aku tak percaya tapi lepas tengok sendiri dengan pale bana, eh, dengan mata aku, memang betullah dengan duit tu dia boleh makan kenny rogers tiap2 malam. WTF??! gam pvc harga 4.50 pon tak mampu beli der??! sanggup suruh aku datang dari jauh untuk belikan gam yang tak seberapa tu..kalau ye pon nak claim tanggungjawab aku sebagai ketua rumah pon takkan la tak boleh pakai duit sendiri dulu. Memang betul instinct aku yang mesti ada je masalah kalau aku takde kat rumah tu. Ini yang aku nampak, yang aku tak nampak??
so buat kawan2ku yang semuanya dah besar panjang, hensem dan sebagainya..harap2 korang boleh gunakan akal sebelum buat sesuatu, bukan akal kepala lutut. Walaupun memang takkan ada orang baca bende ni aku stil nak lepaskan geram kat sini, lagi bagus daripada aku lepas geram dekat dinding rumah yang tak berdosa tu.
Tuesday, August 16, 2011
Tuesday, August 9, 2011
Kenapa manusia ada akal??
Manusia ni diciptakan dengan pakej yang cukup lengkap termasuk la seketul daging dalam kepale tu. semua manusia ada otak tapi tak semua yang ada akal. maksud aku kat sini, manusia yang betul2 ada akal ialah manusia yang berfikir secara logik dan tak melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. ok kalau nak cerita pasal akal memang luas konteksnya tapi kat sini aku nak highlight beberapa attitude di jalanraya yang biasa kita buat (kalau ade la) dan kita taktau yang benda kita buat tu kadang2 menyakitkan hati orang lain.
Pemandu kereta yang masuk simpang / tukar lane tanpa memberi signal.
Penyakit yang paling parah sekarang ni. Kepada abang2 kakak2 pakcik2 dan makcik2 kat luar sana, tak kesah la korang nak pakai kereta ape pun, tapi pelissslah...signal yang ade tu tolong pakai dalam situasi kat atas tu. tak guna kalau pakai kereta besar dan mahal macam nak gila tapi signal yang ada tak digunakan. lainlah kalau ada teknologi baru yang boleh connect kereta dengan pemikiran manusia ni, so bila nak masuk simpang je otomatik kereta tu akan bagi signal. gilos.
nak tau kenapa pentingnya penggunaan signal tu? ok cuba bayangkan dekat satu simpang tiga ni, trafik light takde, adelah dalam 5 bijik kereta yang tengah beratur nak keluar simpang dan mereka mestilah kena beri laluan kepada kereta yang go-straight dulu. so bila sesetengah pemandu kereta yang tak menggunakan akal, dah la bawak slow lepas tu tak bagi signal terus masuk simpang kiri. agak2 panas hati tak pemandu2 kereta yang tunggu punya la lama, ingat kereta tu nak jalan terus, padahal boleh je cross the road if kereta bengap tadi bagi signal masuk simpang awal2. can u imagine? buat2 paham jela ek..
Guna hon tak kena pada tempat.
Yang ni tak obvious sangat la tapi biase terjadi kat penunggang motosikal. yang biase main hon ni pulak adalah kereta dan lori sebab mungkin hon diorang bunyi sedap kot. tak macam bunyi hon motor yang kuat sikit je daripada kentut. I'm not being bias here because I used both motorcycle and car. lori tu takdelah. Even dalam buku kelas memandu pun ada sentuh pasal benda ni. jangan bunyikan hon sesuka hati especially bila ada penunggang motor kat sebelah. tak caye cube try check.
yang paling den sakit hati, lampu ijau kat trafik light tu menyala tak sampai pun 0.5saat tapi kereta kat belakang dah bising2 bunyi hon. lagi satu kalau kat tengah jalan tu kalau setakat nyamuk lintas jalan je takyah la nak tekan hon, lagi2 kalau ade penunggang motor kat sebelah. nyamuk entah kemana tapi pak aji yang bawak motor tadi dah masuk longkang. contoh laa. hon kereta ni bunyi die kan agak kuat dan nyaring, mane tak terkejut der..elok2 tengah sedap layan angin tu. hehe..
ada banyak lagi sebenarnya tapi malas nak komen lebih2. so kesimpulannya, gunakanlah akal tu sebaik-baiknya walaupun untuk sekecil2 perkara. jangan hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan pandangan orang lain. kadang2 benda remeh ni lah yang menjadi punca kemalangan jalanraya.
anyway, just my 2 cent.
Monday, August 8, 2011
Cuti....best ke??
What did you do during your precious holiday?
This is what I do.
Morning:
Afternoon:
still....
Evening:
That's it.
err.....................anyone?
This is what I do.
Morning:
Afternoon:
still....
Evening:
Night :
In ramadhan, this one never stop till dawn.
Midnight till dawn :
Morning :
That's it.
err.....................anyone?
Revolusi Maya part 2
the glory continues.....from part 1.
yang ni pulak mase final...
BAND MEMBERS---->
ok lepas dapat 2nd place dalam battle of the band organized by business department, Revolusi Maya menyertai satu lagi botb yang dianjurkan oleh fakulti......err name agak belit2 n aku tak reti nak sebut. senang cite event tu diberi name DiSK Festival yang bertempat fakulti-aku-takreti-sebut dan agak terceruk dari masyarakat uitm seri iskandar. the same place they used in previous semester with a bit of improvement la jugak. ok nak dipendekkan story mory, Revolusi Maya dapat 2nd placing, again dan kalah with the same old band jugak, The Roadways(TRW). boleh search kat u-tube. tapi, diorang still menggunakan lagu-lagu dari band lain yang dah memang sah-sah meletop over the centuries, yes, rock kapak version mat salleh punye. RM, macam biase, came with a new song (Molodi Rakyat) and this time we decided to play one of the Wing's top hit (Jerangkung dalam almari). not bad for overall sound quality. check this out!
i think this is one of the best performance ever by RM
With a bit tight schedule in the fourth semester, however, we still got an invitation to perform in an event called Aurora~ and yang paling best-but-penat, the show was about the same day dengan botb yang kat atas tuh. yezzaa..but i admit the night was awesome with so many crowd meh! maybe the location was super straregic la i think. ha ni die, sorry bout the audio quality. the mic was quite terrible.
ok sekarang masuk ke bab yang paling last which is our final semester in seri iskandar. same jugak, ade dua botb yang diadakan. maybe budak2 uitm sini dah ketagih dengan botb kot. heheh..yang pertama tak berapa meriah sebab ade tiga band sahaja yang join. mane taknye, notis takde, iklan pon takde, tibe-tibe ade membe roger untuk main which was only few days earlier. ok kitorang join jugak. yang bestnye, eventhough main macam melepaskan batuk ditangga, revolusi maya dapat 1st placing beb! lupe sekejap kepanasan hati before the performance dimana vokalis menghilangkan diri untuk pergi bertapa. hahaha..nasib baik ko ciken. nah santapan kat bawah.
modified version of bujang senang.
kali terakhir band ini beraksi adalah di botb 2010 yang bertempat di padang utama uitm s.i. Kali ni boleh dikatakan botb yang paling grand pernah diorganized oleh student. siang hari merupakan peringkat saringan dimana lebih 20 band yang bersaing untuk merebut lima tempat ke final yang diadakan pada malam hari. antara juri yang dijemput adalah vokalis band grey sky morning dan the times. malam tu juga kedua-dua band membuat persembahan yang agak mantaps. back to the competition, revolusi maya merupakan antara lima band yang berjaya ke final. lagu yang dipertaruhkan ialah Cahaya by RM dan Seruan (cover). ni video untuk saringan and sorry for the bad quality audio k..
yang ni pulak mase final...
memang tak nampak ape. dengar jela.
even tak menang kali ni its still one of the best experience that we had. sampai ade sorang membe aku ni tanye, sebab die datang lambat, "eh tadi ade search datang perform ke??". hahaha..i take that as compliment. walaupun band ni tak nampak pun hala tujunye, hanya sekadar hiburan di menara gading, pengalaman dan kenangan yang ada harap tidak dilupakan . Thanks guys!
Vokalis -Fird a.ka Ciken
Lead guitar - Panjang (Best guitaris over few competitions)
Rhythm - Wan
Bassist - Acap
Drummer-wannabe
cool#9
Saturday, August 6, 2011
Thesis? Apakah??
aduh...tinggal sebulan lagi before semester breaks end. That's mean I have to put more struggles to begin my chapter one thesis. What?? Chapter 1?! Waddeheck dah 3 bulan cuti chapter 1 pon tak siap2 lagi? adoyyai..luckily my supervisor sort of tak kesah..iye ke x kesah? takut diam2 nanti tibe-tibe die mintak progress..mampuih den..after all, my supervisor is very sporting meh..kalau lepak dengan student mesti dah taktau mane student and mane lecturer. kid u not..tapi dalam baik2 macam tu we should always remember to respect our lecturer, even sape2 yang pernah mengajar kite. Baru berkat ilmu tu, ye tak? Hmmm..mengarots pulak dahh..
Back to my thesis, in this 3 month period, agak2 berape banyak yang aku dah buat? satu chapter? jauh sekali. 10 pages?? 5 pages?? no no no. Actually baru 5 rows. Banyak kan? Ade alasan ke beb? ehh mestilah ade. Tapi den maleh nak citer..nanti orang kate nak seribu daya, taknak ko punye pasal la.. kui3..
Aku ade la jugak bagi tips kat member macam mane nak start buat thesis ni tapi the prob is.....den cakap tak serupa bikin..lantak lu la labu.
haa kat atas tu la tajuk proposal aku. Aku pon taktau macam mane boleh buat tajuk tu sebab sekarang ni dah lapan kali baca pon aku sendiri tak faham. So last week with little courage yang ade (itupun susah giler nak dapat), aku kaji balik pasal tajuk tu. Research ape yang aku nak buat sebenarnye? So lebih kurang dua hari lepas tu baru aku betol2 paham tentang tajuk research yang aku sendiri cari tak sampai empat bulan dulu. Dah bersawang proposal tu baru nak terhegeh2 start dari mula. Fadan muke aku. So free advise here, find a quality time to make your thesis, even an hour per day, kalau focus gile babs memang ade hasil. Eventhough slow giler macam kure2, its worth. Ok semangat nak buat thesis dah sampai. Chalo bette!
Back to my thesis, in this 3 month period, agak2 berape banyak yang aku dah buat? satu chapter? jauh sekali. 10 pages?? 5 pages?? no no no. Actually baru 5 rows. Banyak kan? Ade alasan ke beb? ehh mestilah ade. Tapi den maleh nak citer..nanti orang kate nak seribu daya, taknak ko punye pasal la.. kui3..
Aku ade la jugak bagi tips kat member macam mane nak start buat thesis ni tapi the prob is.....den cakap tak serupa bikin..lantak lu la labu.
haa kat atas tu la tajuk proposal aku. Aku pon taktau macam mane boleh buat tajuk tu sebab sekarang ni dah lapan kali baca pon aku sendiri tak faham. So last week with little courage yang ade (itupun susah giler nak dapat), aku kaji balik pasal tajuk tu. Research ape yang aku nak buat sebenarnye? So lebih kurang dua hari lepas tu baru aku betol2 paham tentang tajuk research yang aku sendiri cari tak sampai empat bulan dulu. Dah bersawang proposal tu baru nak terhegeh2 start dari mula. Fadan muke aku. So free advise here, find a quality time to make your thesis, even an hour per day, kalau focus gile babs memang ade hasil. Eventhough slow giler macam kure2, its worth. Ok semangat nak buat thesis dah sampai. Chalo bette!
Friday, August 5, 2011
Revolusi Maya suatu ketika dahulu...
Kali ni nak cerita pasal sebuah band yang suam2 kuku dan takde la feymes pon. Band ini mula bertapak di UiTM Seri Iskandar pada tahun 2007 dengan nama asal ialah Cool#9 iaitu nama yang diilhamkan daripada sebuah lagu daripada band Dream Theater oleh gitaris super duper cool, Panjang. (If I'm not mistaken la). Idea untuk menubuhkan band ini apabila Panjang dan kawan barunya Wan (vokalis) bercadang untuk join battle of the band yang julung2 kalinya diadakan di uitm tersebut. Dari situlah bermulanya sebuah band yang agak meletop di BOTB dan mungkin kerana diorang ni sume muke freshy lagi so tak menang pon. But, it is a good start meh!
Bawak lagu Farhana (Jinbara) and Patah Hati (Radja)
Selang beberapa hari kemudian, band ni dijemput untuk buat show di Scoot Festival yang bertempat di FSPU. Agak menggelabah untuk mencari 5 lagu yang akan dimainkan mase festival tu nanti. Salah satu lagu yang dimainkan adalah Canon Rock and it took only 2 days to practice all the songs.
kualiti kurang sket. kamera henpon saje.
Masuk semester ke-2, band ni lagi skali mencube nasib dalam BOTB 2008 tapi agak malang kerana persembahan yang kureng plus berterabur. I admit it. Maybe mase yang agak kurang sesuai kerana ahli2 band semua sibuk dengan aktiviti2 lain dan kurang praktis. Mungkin. Den pon maleh nak upload video tu. hahah..
Kekecewaan pada botb 2008 terubat sedikit bile band ni buat show untuk annual dinner department. Dengan lagu medley dan show yang agak mantops band ini mule mengorak langkah ke depan dan disitulah bermulanya....Revolusi Maya. bukan Maya Karin dol.
Band ni telah menerima seorang vokalis baru yang berbakat gile babs kerana die juga adalah seorang komposer lagu yang cambest. Name beliau adalah Ciken (bukan nama sebenar). Mase zaman diploma tuh dua bende je yang die minat, tido and of coz, play music meh! hahah sori ciken! Tapi aku tak deny yang ciken ni memang berbakat in music. Seriously. Suare ala2 awie mase mude2 dulu..perghh..
Revolusi Maya mula mencipta nama pada tahun 2009 dimana ade dua battle of the band yang diadakan dalam satu semester, by different course. Ok mase ni dah start main lagu sendiri yang dicipta oleh Ciken and Panjang. Tajuk lagu yang dimainkan ialah Memanggil Namamu dan Makhluk Tuhan. Lagu ala-ala rock kapak tuh...
Dressing sempoi ajer. macam nak gi pasar malam.
Video credit to Amir Rep yang sanggup dok tengah panas sebab nak record kitorang main. Syabas beta! Tapi ade cerita disebalik BOTB yang 1st ni. Macam aku sendiri, actually ade kursus green card untuk the whole batch aku and name aku dalam list tu. So pikir punye pikir, aku try slow talk dengan lecturer in charge. Die tanya aku "Kalau awak rasa band awak lagi penting pegi la." owhh demmm...ayat makan dalam beb! Tapi buat hati kering jer la sebab dah praktis sume. And luckily aku dapat join untuk schedule next week punye. Ok lega. Mase show ni ramai jugak member2 datang tengok. Siap dengan baju kemeja and seluar slack pon ade..ye laa..diorang pegi kursus greencard tuh..sempat lagi diorang tengok show ni. Tengs kawan2! Pengorbanan yang agak worthy, Revolusi Maya managed to get 2nd place. Yahooo...! Ok la jugak sebab yang masuk competition ada dalam berbelas2 gitu.
Ok rehat jap..mate dah rabak.
sambungan di sini.
A Comeback??
At last, setelah beberapa dekad (yeke??) tidak meng-hup-date blog akhirnya di pagi bute ini tergerak hati untuk kembali meng-aktivate-kan kembali ini blog tarak guna. Mungkin sebab kebosanan yang tidak dapat dibendung even pending works to be done belambak, aku tetap nak cakap BOSAN. hahaha.wth. Actually aku buat blog ni bukan untuk jadi feymes atau untuk melepaskan perasaan sanubari ni. tapi niat di hati nak mengisi kekosongan masa yang terbuang dengan bende2 yang wasted. U know what i mean, hahaha..heyy jangan nak pikir bukan2 der.
Speaking of what this blog means to me..errr...nothing..aku tak pandai nak membebel sorang2 depan laptop atau pon nak kritik sape2 mengikut sedap jejari. But for me, blogging is about making a thought, a personal opinion atau ape2 sahaje yang terlintas dalam medula oblongata ni. In other way, one can improve the typing skill which includes virtual communication (aku reka sendiri name ni), language skill, even skill membebel secara internally. Ade paham ka deyy. Ok time2 macam ni aku sendiri pon tak paham aku bebel apatah lagi nak buat thesis yang dah bersawang tu. Bagi aku, nak buat blog memerlukan seseorang itu untuk berfikir secara kreatif dengan kata lain pandai membebel sorang2 dalam hati. Even dalam membuat karangan dan esei sekali pon perlu ade intro, 3 isi dan kesimpulan. Making a blog is more than that. Biar la orang nak kate ape, asalkan kite syok sendiri. Eh betol ka??
Kalau ade sesape ter-baca ini blog tarak guna den mintak maap awal2. Bukan ape,dah la bahase terabur gila babs, takyah sebut la grammar, memang hancuss. Ye, aku sedar diri. Anyway, me will always be me~
Subscribe to:
Posts (Atom)

















