Friday, August 5, 2011

Revolusi Maya suatu ketika dahulu...

Kali ni nak cerita pasal sebuah band yang suam2 kuku dan takde la feymes pon. Band ini mula bertapak di UiTM Seri Iskandar pada tahun 2007 dengan nama asal ialah Cool#9 iaitu nama yang diilhamkan daripada sebuah lagu daripada band Dream Theater oleh gitaris super duper cool, Panjang. (If I'm not mistaken la). Idea untuk menubuhkan band ini apabila Panjang dan kawan barunya Wan (vokalis) bercadang untuk join battle of the band yang julung2 kalinya diadakan di uitm tersebut. Dari situlah bermulanya sebuah band yang agak meletop di BOTB dan mungkin kerana diorang ni sume muke freshy lagi so tak menang pon. But, it is a good start meh!



Bawak lagu Farhana (Jinbara) and Patah Hati (Radja)


Selang beberapa hari kemudian, band ni dijemput untuk buat show di Scoot Festival yang bertempat di FSPU. Agak menggelabah untuk mencari 5 lagu yang akan dimainkan mase festival tu nanti. Salah satu lagu yang dimainkan adalah Canon Rock and it took only 2 days to practice all the songs.


kualiti kurang sket. kamera henpon saje.


Masuk semester ke-2, band ni lagi skali mencube nasib dalam BOTB 2008 tapi agak malang kerana persembahan yang kureng plus berterabur. I admit it. Maybe mase yang agak kurang sesuai kerana ahli2 band semua sibuk dengan aktiviti2 lain dan kurang praktis. Mungkin. Den pon maleh nak upload video tu. hahah..

Kekecewaan pada botb 2008 terubat sedikit bile band ni buat show untuk annual dinner department. Dengan lagu medley dan show yang agak mantops band ini mule mengorak langkah ke depan dan disitulah bermulanya....Revolusi Maya. bukan Maya Karin dol.

Band ni telah menerima seorang vokalis baru yang berbakat gile babs kerana die juga adalah seorang komposer lagu yang cambest. Name beliau adalah Ciken (bukan nama sebenar). Mase zaman diploma tuh dua bende je yang die minat, tido and of coz, play music meh! hahah sori ciken! Tapi aku tak deny yang ciken ni memang berbakat in music. Seriously. Suare ala2 awie mase mude2 dulu..perghh..

Revolusi Maya mula mencipta nama pada tahun 2009 dimana ade dua battle of the band yang diadakan dalam satu semester, by different course. Ok mase ni dah start main lagu sendiri yang dicipta oleh Ciken and Panjang. Tajuk lagu yang dimainkan ialah Memanggil Namamu dan Makhluk Tuhan. Lagu ala-ala rock kapak tuh...

Dressing sempoi ajer. macam nak gi pasar malam.


Video credit to Amir Rep yang sanggup dok tengah panas sebab nak record kitorang main. Syabas beta! Tapi ade cerita disebalik BOTB yang 1st ni. Macam aku sendiri, actually ade kursus green card untuk the whole batch aku and name aku dalam list tu. So pikir punye pikir, aku try slow talk dengan lecturer in charge. Die tanya aku "Kalau awak rasa band awak lagi penting pegi la." owhh demmm...ayat makan dalam beb! Tapi buat hati kering jer la sebab dah praktis sume. And luckily aku dapat join untuk schedule next week punye. Ok lega. Mase show ni ramai jugak member2 datang tengok. Siap dengan baju kemeja and seluar slack pon ade..ye laa..diorang pegi kursus greencard tuh..sempat lagi diorang tengok show ni. Tengs kawan2! Pengorbanan yang agak worthy, Revolusi Maya managed to get 2nd place. Yahooo...! Ok la jugak sebab yang masuk competition ada dalam berbelas2 gitu.


Ok rehat jap..mate dah rabak.



sambungan di sini.

No comments: