Tuesday, August 9, 2011

Kenapa manusia ada akal??

Manusia ni diciptakan dengan pakej yang cukup lengkap termasuk la seketul daging dalam kepale tu. semua manusia ada otak tapi tak semua yang ada akal. maksud aku kat sini, manusia yang betul2 ada akal ialah manusia yang berfikir secara logik dan tak melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. ok kalau nak cerita pasal akal memang luas konteksnya tapi kat sini aku nak highlight beberapa attitude di jalanraya yang biasa kita buat (kalau ade la) dan kita taktau yang benda kita buat tu kadang2 menyakitkan hati orang lain.

Pemandu kereta yang masuk simpang / tukar lane tanpa memberi signal.

Penyakit yang paling parah sekarang ni. Kepada abang2 kakak2 pakcik2 dan makcik2 kat luar sana, tak kesah la korang nak pakai kereta ape pun, tapi pelissslah...signal yang ade tu tolong pakai dalam situasi kat atas tu. tak guna kalau pakai kereta besar dan mahal macam nak gila tapi signal yang ada tak digunakan. lainlah kalau ada teknologi baru yang boleh connect kereta dengan pemikiran manusia ni, so bila nak masuk simpang je otomatik kereta tu akan bagi signal. gilos.

nak tau kenapa pentingnya penggunaan signal tu? ok cuba bayangkan dekat satu simpang tiga ni, trafik light takde, adelah dalam 5 bijik kereta yang tengah beratur nak keluar simpang dan mereka mestilah kena beri laluan kepada kereta yang go-straight dulu. so bila sesetengah pemandu kereta yang tak menggunakan akal, dah la bawak slow lepas tu tak bagi signal terus masuk simpang kiri. agak2 panas hati tak pemandu2 kereta yang tunggu punya la lama, ingat kereta tu nak jalan terus, padahal boleh je cross the road if kereta bengap tadi bagi signal masuk simpang awal2. can u imagine? buat2 paham jela ek..

Guna hon tak kena pada tempat.

Yang ni tak obvious sangat la tapi biase terjadi kat penunggang motosikal. yang biase main hon ni pulak adalah kereta dan lori sebab mungkin hon diorang bunyi sedap kot. tak macam bunyi hon motor yang kuat sikit je daripada kentut. I'm not being bias here because I used both motorcycle and car. lori tu takdelah. Even dalam buku kelas memandu pun ada sentuh pasal benda ni. jangan bunyikan hon sesuka hati especially bila ada penunggang motor kat sebelah. tak caye cube try check.

yang paling den sakit hati, lampu ijau kat trafik light tu menyala tak sampai pun 0.5saat tapi kereta kat belakang dah bising2 bunyi hon. lagi satu kalau kat tengah jalan tu kalau setakat nyamuk lintas jalan je takyah la nak tekan hon, lagi2 kalau ade penunggang motor kat sebelah. nyamuk entah kemana tapi pak aji yang bawak motor tadi dah masuk longkang. contoh laa. hon kereta ni bunyi die kan agak kuat dan nyaring, mane tak terkejut der..elok2 tengah sedap layan angin tu. hehe..

ada banyak lagi sebenarnya tapi malas nak komen lebih2. so kesimpulannya, gunakanlah akal tu sebaik-baiknya walaupun untuk sekecil2 perkara. jangan hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan pandangan orang lain. kadang2 benda remeh ni lah yang menjadi punca kemalangan jalanraya.

anyway, just my 2 cent.




No comments: