Tuesday, August 16, 2011

Selalu berbohong boleh jadi hensem ke?

Hati tengah panass..so hari ni aku nak mencarut dalam blog ni..ada satu cerita, ada seorang makhluk bergelar member yang juga housemateku. Pada hari rabu lebih kurang pukul 10 malam dia tegur aku kat mukabuku and bagitau paip rumah bocor lagi. Ini satu hal lagi, pakcik plumber otai tu dah berapa kali di-invite ke rumah aku untuk repair and extend paip di belakang rumah tersebut tapi ini la kerja ala kadar..taktau la gam jenis apa yang dipakai untuk pasang paip tu tapi ada la dalam 2 -3 kali paip tu tercabut. haishh malas nak sembang pasal pakcik tu sebab dia pon dah tua. Patut dah boleh goyang kaki kat rumah layan harry potter ke ape.

Yang membuatkan hati panas ni adalah member aku yang sembang gebang tak hingat dunia. Panggil aku balik shah alam semata2 mintak tolong belikan gam PVC yang harga tak sampai 5 hinggit duit malaysia. Alasan dia sebab mereka2 yang dok rumah semua tengah sengkek hatta nak beli gula2 pon takde duit. ok tu hiperbola. Memandangkan aku pon ada aktiviti di shah alam so tanpa was2 aku pon balik la rumah sewa di shah alam dan sampai lebih kurang pukul 4 petang di bulan puasa ni. Memang saja aku highlight perkataan tu sebab bila aku masuk je rumah tu tiba2 rasa macam bukan bulan puase. yang tu aku malas nak komen sebab aku tak layak nak komen bab2 ni. Lagipon diorang dah besar tapi otak masih di lutut. Kenapa la suka nak tambah lagi setan kat rumah tu yang memang dah banyak setan. Lantak ko la labu.

Tak abes lagi cerita ni, otw balik rumah tu aku ada singgah di kedai hardware untuk membeli gam pvc berharga rm4.50 tu.  Lepak2 kejap aku pon keluar untuk buka puasa dengan member2 lain. Balik rumah malam tu aku lepak ngan housemate aku yang sorang lagi. Oleh sebab dia ni kerja malam so agak susah dapat masa untuk sembang2 gebang dengan dia ni. Tengah dok2 cerita dengan dia aku agak terkejut sebab dia taktau pasal paip bocor tu. btw, dekat sejam jugak air melimpah ruah bagai ke ladang gandum tu. malas nak pikir pasal bil air yang bakal mencanak bulan depan. Cerita punya cerita aku pon dapat tau member yang sorang tu tengah loaded, maksudnye agak sedap la duit dia masa tu. yela kerja subcon kononnya mestila kaya dengan duit 'luar' kan. aku tak percaya tapi lepas tengok sendiri dengan pale bana, eh, dengan mata aku, memang betullah dengan duit tu dia boleh makan kenny rogers tiap2 malam. WTF??! gam pvc harga 4.50 pon tak mampu beli der??! sanggup suruh aku datang dari jauh untuk belikan gam yang tak seberapa tu..kalau ye pon nak claim tanggungjawab aku sebagai ketua rumah pon takkan la tak boleh pakai duit sendiri dulu. Memang betul instinct aku yang mesti ada je masalah kalau aku takde kat rumah tu. Ini yang aku nampak, yang aku tak nampak??

so buat kawan2ku yang semuanya dah besar panjang, hensem dan sebagainya..harap2 korang boleh gunakan akal sebelum buat sesuatu, bukan akal kepala lutut. Walaupun memang takkan ada orang baca bende ni aku stil nak lepaskan geram kat sini, lagi bagus daripada aku lepas geram dekat dinding rumah yang tak berdosa tu.




No comments: